Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

'Locus in Cartesian Plane': menggunakan pendekatan 'hands on'dalam meningkatkan kefahaman murid dalam konsep lokus dalam dua dimensi

Selamat, Minah and Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari and Zainal, Ruziana and Mohamed, Ruhaya and Lakimon, Sulizah and Abd. Jalil, Zakaria (2014) 'Locus in Cartesian Plane': menggunakan pendekatan 'hands on'dalam meningkatkan kefahaman murid dalam konsep lokus dalam dua dimensi. In: Prosiding Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
1MB

Abstract

Lokus dua dimensi ialah satu lintasan set titik-titik yang mematuhi syarat-syarat tertentu. `Locus in Cartesian Plane? ialah satu bahan bantu mengajar dan bahan bantu murid yang boleh mengaplikasi aktiviti `hands on` murid dalam memahami konsep abstrak Lokus dua dimensi. `Locus in Cartesian Plane? terdiri daripada satah Cartesian berliang pada setiap koordinat, garis nombor beralur, garis nombor berliang, jejari bernombor, segiempat beralur garis lurus berliang ditengah, garis nombor bersenggat butang klip dan marker pen. `Cartesian plane` digunakan sebagai satu satah untuk meletakkan titik dengan ditanda dengan klip butang . Jarak tetap pergerakan objek daripada satu titik atau garisan ditentukan dengan garis nombor samada garis nombor beralur, garis nombor berliang, garis nombor beralur atau jejari bernombor. Marker pen digunakan untuk menada lintasan titik-titik (lokus). Kajian telah dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar matematik kelas 3 Bestari (2013) dalam menjawab soalan yang berkaitan masalah lokus. Masalah yang dihadapi pelajar ialah untuk memahami dan melukis lokus mengikut syarat-syarat tertentu dan menentukan persilangan dua lokus. Selepas ujian pos dijalankan, keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar meningkat daripada markah purata 6% kepada kepada 75% Penggunaan Kaedah `Locus in Cartesian Plane? dapat meningkatkan kemahiran menguasai topik Lokus Dalam Dua Dimensi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:teaching aids, activities on hand
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61191
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:14
Last Modified:22 Mar 2017 00:14

Repository Staff Only: item control page