Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan kurikulum sains KBSM dengan pendidikan saintis muslim zaman kegemilangan islam

Ismail, Nurhasyimah and Ibrahim, Norhasniza (2014) Perbandingan kurikulum sains KBSM dengan pendidikan saintis muslim zaman kegemilangan islam. In: 1st International Education Postgraduate Seminar 2014, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
442kB

Abstract

Sains memainkan peranan yang cukup penting dalam perkembangan sejarah peradaban manusia. Kemajuan inovasi sains yang berkembang pesat telah mentransformasikan taraf kehidupan manusia yang lebih berkualiti dan selesa. Oleh yang demikian, tanpa penguasaan dalam bidang sains dan teknologi, sesebuah negara tidak berkeupayaan untuk bersaing dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Korea dan beberapa lagi negara yang telah terbukti hebat dalam sektor pengeluaran pelbagai ciptaan hasil kemahiran inovasi sains dan teknologi (Ibrahim, 2012). Menyedari hakikat ini, Malaysia yang berwawasan untuk membarisi negara-negara maju menjelang tahun 2020 telah membangunkan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan lima teras utama iaitu akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam pendidikan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), berdaya kreatif dan inovasi serta berupaya membudayakan sains dan teknologi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:science and technology, educational equity
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61190
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:13
Last Modified:22 Mar 2017 00:13

Repository Staff Only: item control page