Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengkaji kemahiran berfikir kritis dan pencapaian pelajar menerusi persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer bagi subjek bahasa pengaturcaraan

Baharudin, Siti Mastura and Harun, Jamalludin (2014) Mengkaji kemahiran berfikir kritis dan pencapaian pelajar menerusi persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer bagi subjek bahasa pengaturcaraan. In: 1st International Education Postgraduate Seminar (IEPS2014), 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
61kB

Abstract

Pelajar yang mengikuti subjek bahasa pengaturcaraan didapati tidak memahami bagaimana untuk mengaplikasikan pembelajaran yang diperolehi kepada permasalahan dunia sebenar. Masalah ini adalah disebabkan oleh tahap kemahiran berfikir pelajar yang dilaporkan masih rendah terutamanya kemahiran berfikir kritis dikalangan pelajar. Malah, kemahiran berfikir kritis pelajar didapati akan lebih tinggi apabila pelajar bersikap aktif semasa pembelajaran dan berinteraksi sesama ahli kumpulan. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap pencapaian dan tahap kemahiran berfikir kritis pelajar bagi subjek bahasa pengaturcaraan melalui persekitaran pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer yang dibina berdasarkan ciri-ciri pembelajaran kolaboratif dan interaksi berkesan. Malah, strategi pembelajaran berasaskan masalah digunakan sebagai prinsip pembangunan aktiviti pembelajaran memandangkan ciri utama strategi pembelajaran berasaskan masalah adalah aktiviti pembelajaran yang menggunakan dan dimulakan dengan permasalahan dunia sebenar. Kajian ini dibangunkan berdasarkan lima tahap di dalam model ADDIE dan disusun mengikut tiga peringkat kajian dimana pengkaji mendapatkan ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang digemari oleh pelajar berdasarkan ciri-ciri pembelajaran kolaboratif dan interaksi berkesan. Seterusnya, persekitaran pembelajaran dibangunkan berdasarkan ciri-ciri kolaboratif berbantukan komputer dan pembelajaran berasaskan masalah. Akhirnya, persekitaran pembelajaran digunakan oleh pelajar bagi menguji kesannya terhadap pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir kritis mereka. Hasil dapatan daripada kajian ini akan menentukan kesan daripada persekitaran pembelajaran yang dibina terhadap pencapaian pembelajaran dan kemahiran berfikir kritis mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:computer-aided collaborative learning, interaction
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61169
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:22 Mar 2017 00:10
Last Modified:22 Mar 2017 00:10

Repository Staff Only: item control page