Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendidikan vokasional dalam kalangan murid bermasalah pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas

Minghat, Asnul Dahar and Abdullah, Siti Azwanee (2014) Pendidikan vokasional dalam kalangan murid bermasalah pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas. In: International Seminar on Technical and Vocational Education (TVEIS 2014), 20-31 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
568kB

Abstract

Pendidikan vokasional adalah merupakan salah satu usaha untuk mengembangkan keupayaan golongan murid berkeperluan khas sebagai persediaan ke alam pekerjaan, Pendidikan yang diikuti mereka ini adalah salama 2 tahun bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditauliahkan dan diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Oleh itu, kajian deskriptif ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat murid bermasalah pendengaran terhadap pendidikan vokasional yang dijalankan, tahap kesedaran murid bermasalah pendengaran terhadap kepentingan pendidikan vokasional yang dijalankan dalam menentukan masa hadapan mereka, tahap keyakinan murid bermasalah pendengaran terhadap pendidikan vokasional yang dijalankan untuk diaplikasikan dalam kerjaya dan juga tahap kemudahan yang disediakan dalam mengikuti pendidikan vokasional. Sampel kajian melibatkan 127 orang murid bermasalah pendengaran yang mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Malaysia. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan set soal selidik berskala likert. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah a = 0.934. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan faktor minat (min = 3.54), faktor kesedaran terhadap kepentingan pendidikan vokasional (min = 3.55), faktor keyakinan murid terhadap pendidikan vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya (min=3.49) dan faktor kemudahan yang disediakan (min = 3.48) berada pada tahap sederhana.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:special education, vocational education
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Razak School of Engineering and Advanced Technology
ID Code:61122
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:15 Mar 2017 00:23
Last Modified:15 Mar 2017 00:23

Repository Staff Only: item control page