Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Elemen pemarkahan kokurikulum pelajar: ulasan awalan

Ibrahim, Halijah and Md. Yusof, Zurina and Md. Noor, Muhazian and Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Zainuddin, Zainal Abidin (2014) Elemen pemarkahan kokurikulum pelajar: ulasan awalan. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
213kB

Abstract

Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah dihasilkan bagi membolehkan penilaian standard terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sukan, badan beruniform serta kelab dan persatuan dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia. Empat elemen penilaian iaitu kehadiran, jawatan disandang, penglibatan dan pencapaian pelajar. Artikel ini ditulis ini bertujuan untuk mengulas secara umum terhadap empat elemen penilaian yang digariskan di dalam Buku Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah dari aspek peratusan pembahagian skor permarkahan berdasarkan empat elemen pemarkahan, skala dan sela pembahagian markah, aspek bonus serta aspek pemerolehan gred. Dapatan kajian terdahulu menunjukkan penyertaan secara aktif di dalam aktiviti kokurikulum menghasilkan nilai positif kepada pelajar menunjukkan peratusan pemarkahan perlu juga mengutamakan elemen penyertaan pelajar selain dari elemen kehadiran. Didapati skala pemarkahan untuk elemen jawatan disandang, penglibatan, pencapaian pelajar dan elemen bonus telah disusun berdasarkan pemeringkatan ordinal namun sela markah antara pemeringkatan adalah pelbagai dari julat markah antara 1 hingga 3 markah. Penetapan skala pemarkahan dan sela yang standard berupaya menambahbaik aspek penilaian aktiviti kokurikulum pelajar. Penambahan markah dari elemen bonus menunjukkan pengiktirafan sumbangan perkhidmatan murid. Kriteria yang ditetapkan adalah pelbagai namun hanya memberi peluang pemerolehan markah hanya kepada segelintir bilangan pelajar sahaja. Cadangan agar penyemakkan terhadap kriteria yang ditetapkan adalah sangat dialu-alukan bagi memberi peluang ramai pelajar memperoleh markah maksimum. Dari aspek pemerolehan gred akhir pelajar, kaedah pemurataan skor pemarkahan di sepanjang persekolahan pelajar digunakan. Di dapati kaedah ini boleh memberi kesan kepada gred pencapaian aktiviti kokurikulum pelajar terutamanya pelajar ‘late boomer’ serta pelajar yang hanya cemerlang pada satu jenis aktiviti kokurikulum sahaja samada kokurikulum sukan, bandan beruniform atau kelab dan persatuan. Ulasan ini adalah hasil perbincangan dari kumpulan penulis yang bertujuan menghasilkan penulisan ilmiah dari aspek penilaian aktiviti kokurikulum pelajar. Penyemakan semula kaedah penilaian aktiviti kokurikulum pelajar berupaya menambahbaik kaedah perlaksanaan sedia ada.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:element position, element attendance
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61120
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:15 Mar 2017 00:22
Last Modified:30 Aug 2017 06:16

Repository Staff Only: item control page