Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkembangan potensi murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di prasekolah : satu kajian rintis

Jasmi, Kamarul Azmi and Mohamad, Ahmad Marzuki and Mohamed, Sofiah (2015) Perkembangan potensi murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di prasekolah : satu kajian rintis. In: International Language and Education Conference (ILEC) 2015, 7-8 Okt, 2015, Negeri Sembilan, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://irep.iium.edu.my/49282/2/iLEC2015.pdf

Abstract

Objektif kajian adalah meneroka perkembangan potensi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam prasekolah. Matlamat pendidikan prasekolah adalah untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dengan pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif, dan bermakna. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlu memainkan peranan yang proaktif dengan ilmu dan kesungguhan bagi mencapai matlamat ini. Pendidikan Islam merupakan salah satu tunjang yang diberi penekanan agar murid-murid memahami dan dapat melaksanakan Islam sebenar. Kajian ini merupakan kajian rintis dengan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes dengan instrumen utama ialah dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Data pemerhatian ini pula ditriangulasikan pula dengan data temu bual dan analisis dokumen. Pemilihan peserta kajian menggunakan pensampelan bertujuan dengan ciri pemilihan mereka yang memiliki diploma pendidikan dari institusi perguruan, pernah mendapat kursus dan latihan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta berpengalaman mengajar prasekolah melebihi tiga tahun. Hasil dapatan mendapati bahawa dalam P&P Pendidikan Islam prasekolah terdapat peranan sifat guru dan sifat murid dalam membangunkan potensi murid. Sifat guru yang utama ialah dari segi peribadi teknik dan model. Manakala potensi murid yang dibangunkan ialah dari segi rohani dan sosioemosi. Dapatan data menghasilkan Model Perkembangan Potensi Murid yang boleh digunakan oleh PPD, JPN, KPM, badan swasta, guru-guru, dan ibu bapa dalam rangka pendidikan kanakkanak di prasekolah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:perkembangan potensi murid, Pendidikan Islam
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:61051
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:13 Mar 2017 04:32
Last Modified:13 Mar 2017 04:56

Repository Staff Only: item control page