Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir aras tinggi dengan pembelajaran kaedah sokratik

Md. Suhadi, Salihuddin and Aris, Baharuddin and Mohammed, Hasnah and Mohd. Zaid, Norasykin and Abdullah, Zaleha (2014) Penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir aras tinggi dengan pembelajaran kaedah sokratik. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
317kB

Abstract

Pencapaian pelajar di Malaysia dalam penilaian Trends in International Mathematic and Science Study (TIMSS) 2011 dan Programme International Student Assessment (PISA) 2012, menunjukkan kedudukan pencapaian dibawah purata antarabangsa jika dibandingkan dengan negara-negar asia yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, bidang pendidikan memerlukan penambahbaikan untuk membolehkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran agar keputusan penilaian TIMSS dan PISA dapat ditingkatkan selepas ini. Terdapat kajian sebelum ini mengatakan bahawa cara yang berkesan untuk meningkatkan penguasaan pemikiran kritis pelajar adalah melalui kaedah pembelajaran sokratik. Kelebihan kaedah pembelajaran sokratik ini adalah berpusatkan pelajar selain dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar khususnya pemikiran kreatif dan kritis. Terdapat satu elemen yang boleh diintegrasikan bersama pembelajaran sokratik antaranya ialah penggunaan teknologi. Penggunaan teknologi boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik disamping dapat melibatkan pelajar secara optimum. Kepentingan penggunaan teknologi dalam era teknologi maklumat yang pesat ini adalah bagi membolehkan pelajar sentiasa mendapat maklumat yang terkini. Kertas kerja ini akan membincangkan sorotan kajian tentang pembelajaran sokratik dalam teknologi pembelajaran maya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:creative and critical thinking, technology in the socratic method
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61050
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:14 Mar 2017 00:18
Last Modified:07 Sep 2017 00:56

Repository Staff Only: item control page