Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaplikasian i-Think untuk bakal guru (pre-service) dan guru (in-service)

Abdullah, Abdul Halim and Ismail, Zaleha and Surif, Johari and Ibrahim, Nor Hasniza and Ali, Marlina and Hamzah, Mohd. Hilmi (2014) Pengaplikasian i-Think untuk bakal guru (pre-service) dan guru (in-service). In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
871kB

Abstract

I-Think adalah program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dan seterusnya melahirkan generasi yang mampu berinovasi. Dalam program ini, lapan peta pemikiran diperkenalkan yang mana setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran. Ketika ini, ia diperkenalkan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Untuk memastikan kesinambungan pengaplikasian peta-peta pemikiran tersebut dalam pembelajaran dan pengajaran ke peringkat universiti, kami telah mengintegrasikan peta-peta tersebut dalam beberapa kursus pra-siswazah dan pasca siswazah yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berikutan program I-Think ini mula diperkenalkan pada tahun 2013, maka peta pemikiran ini baru diaplikasikan di semester II, sesi 2013/2014. Usaha ini dilihat relevan kerana pelajar di Fakulti Pendidikan merupakan bakal guru dan guru yang sedang berkhidmat di sekolah. Untuk pelajar pra-siswazah, peta pemikiran ini telah diaplikasikan untuk kursus SPN 4342 (Pendidikan Matematik) yang mana ianya diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran, serta tugasan yang diberikan. Selain itu, terdapat juga pelajar pra-siswazah yang menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) untuk menghasilkan produk yang mengaplikasikan peta pemikiran dalam bentuk animasi untuk pelajar lemah. Untuk pelajar pasca-siswazah, mereka menggunakan peta pemikiran untuk subjek MPU1034 (Statistics Application in Educational Research) dan MPU 1053 (Testing and Evaluation in Science and Mathematics Education). Pengaplikasian peta pemikiran ini diharapkan dapat membantu seseorang bakal graduan membina komitmen mental secara proaktif dan fizikal yang aktif yang menjadi aset utama untuk menaikkan kredibiliti graduan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:i-think, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61045
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:14 Mar 2017 00:14
Last Modified:14 Mar 2017 00:14

Repository Staff Only: item control page