Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Strategi pembelajaran kolaboratif atas talian untuk penggunaan FROG VLE

Abu Kasim, Rashimah and Tasir, Zaidatun (2014) Strategi pembelajaran kolaboratif atas talian untuk penggunaan FROG VLE. In: International Education Postgraduate Seminar (IEPS2014), 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
143kB

Abstract

Perkembangan pesat bidang teknologi maklumat menjadi antara penyumbang terbesar kepada pembangunan negara kita Malaysia. Proses P&P juga tidak lagi terhad di dalam bilik darjah sahaja, malah pelajar boleh mengalami suasana menimba ilmu walau di mana pelajar itu berada. Sebagai alternatif bagi meningkatkan kefahaman pelajar di sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu revolusi dalam P&P dengan memperkenalkan Online Learning atas Pembelajaran Atas Talian dengan menggunakan platform FROG Virtual Learning Environment (VLE) yang dijalankan oleh 1BestariNet. Online Learning ini dikatakan dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada pelajar dan juga tenaga pengajar itu sendiri. Pelajar dapat menjimatkan tenaga teknikal dan boleh memperoleh seberapa banyak maklumat melaluinya. Keperluan untuk merancang kualiti P&P secara Online Learning adalah amat penting. Oleh itu guru-guru memerlukan satu garis panduan untuk menjalankan P&P melalui Online Learning. Reka bentuk pengajaran meliputi pembinaan bahan pengajaran, aktiviti, percubaan dan penilaian keseluruhan pengajaran dan aktiviti pelajar. Perlu ditegaskan juga bahawa rekabentuk dan pembinaan pengajaran dan pembelajaran mesti mengambil kira aspek pedagogi, teori pembelajaran, teori rekabentuk pengajaran dan model serta media dan teknologi yang akan digunakan. Oleh itu, strategi pembelajaran kolaboratif atas talian adalah dicadangkan bagi penggunaan FROG VLE di sekolah. Rujukan yang digunakan adalah strategi Online Collaborative Learning (Linda, 2012) dan juga Oliver & Herrington (2003).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), virtual learning environment (VLE)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61026
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:12 Mar 2017 08:19
Last Modified:12 Mar 2017 08:19

Repository Staff Only: item control page