Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran berkonsepkan flipped menerusi aktiviti pembelajaran berasaskan projek

Mohamad Kadis, Mohamad Azaki and Tasir, Zaidatun (2014) Pembelajaran berkonsepkan flipped menerusi aktiviti pembelajaran berasaskan projek. In: International Education Postgraduate Seminar (IEPS2014), 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
94kB

Abstract

Abad ke- 21 telah memperkenalkan kita kepada capaian maklumat di seluruh dunia tanpa sempadan. Perkongsian serta saling tukar maklumat yang begitu pantas terutamanya melalui halaman sesawang atau “World Wide Web (WWW) menuntut komuniti pelbagai peringkat untuk menguasai ilmu teknologi maklumat. Bukan itu sahaja, pengenalan kepada alat mudah alih yang semakin canggih telah memudahkan lagi aktiviti harian dilakukan di mana sahaja. Pelbagai peringkat keperluan seperti perniagaan, pembuatan, perbankan, dan banyak lagi aktiviti telah secara aktif menggunakan teknologi canggih ini. Pendidikan juga secara tidak langsung telah menerima tempias daripada kecanggihan teknologi ini. Malah ianya mampu memberikan kelainan terhadap pedagogi di dalam kelas dengan memberi nafas dan wajah baru bagi generasi kini yang kononnya lebih terdedah kepada kecanggihan teknologi dalam pembelajaran (Attwell 2007).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:mobile devices, advanced technology
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61025
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:12 Mar 2017 08:19
Last Modified:12 Mar 2017 08:19

Repository Staff Only: item control page