Mohd. Adzmi, Nadia Hartini and Abd. Hamid, Mohd. Zolkifli and Kamin, Yusri (2014) Pendidikan teknikal dan latihan vokasional ke arah pemupukan kemahiran generik hijau. In: 1st International Education Postgraduates Seminar: Innovations, Issues and Challenges for Educational Sustainability, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.
|
PDF
250kB |
Abstract
Kemajuan ekonomi negara haruslah diimbangi dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Justeru itu dalam menyokong pertumbuhan ekonomi hijau, negara memerlukan sumber manusia yang dilengkapi dengan kemahiran bukan teknikal atau kemahiran generik. Ini kerana negara amat bergantung kepada keupayaan generasi muda yang berkebolehan bagi memenuhi kehendak industri yang memerlukan tenaga kerja mahir, berpendidikan dan berkualiti (Siti Nur Rohazrien, 2013). Dalam konteks kelestarian alam sekitar, kemahiran ini disebut sebagai kemahiran generik hijau yang merupakan value added kepada kemahiran generik sedia ada. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (PTLV) merupakan platform yang mampu mendorong sumber manusia ke arah kelestarian. Semakin banyak seseorang pekerja itu mendapat pendedahan berkenaan konsep kelestarian, maka semakin banyak kesedaran yang mereka peroleh untuk melakukan perubahan sikap dan tingkah laku di tempat kerja yang dapat menyokong kepada pertumbuhan ekonomi hijau. Kertas kerja ini membincangkan secara terperinci mengenai peranan pendidikan teknikal dan latihan vokasional dalam menjayakan pembangunan lestari dan kepentingan komponen kemahiran generik hijau dalam sukatan kurikulum PTLV.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | generic skills green, environmental sustainability |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 61017 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 12 Mar 2017 08:12 |
Last Modified: | 12 Mar 2017 08:12 |
Repository Staff Only: item control page