Abdul Aziz, Nor Aishah and Abd. Hamid, Mohd. Zolkifli (2014) Inculcation of values to overcome disciplinary problems in skilled based educational institutions. In: 1st International Education Postgraduate Seminar: Innovation, Issues and Challenges for Educational Sustainability, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.
|
PDF
296kB |
Abstract
Menurut Hashim et al (2008) keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang serta memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak berlarutan hingga menyebabkan berlakunya banyak masalah disiplin di pusat-pusat pengajian tinggi seperti ponteng kuliah, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, sambil lewa dalam pembelajaran, berhibur sehingga mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap pelajaran.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | glorify morality, edication |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 61016 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 12 Mar 2017 08:11 |
Last Modified: | 12 Mar 2017 08:11 |
Repository Staff Only: item control page