Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendekatan inkuiri dan teknik penyoalan guru: isu dan perlaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia

Jais, Arshad and Yahaya, Noraffandy and Ibrahim, Nor Hasniza and Hasan, Mohamed Noor (2014) Pendekatan inkuiri dan teknik penyoalan guru: isu dan perlaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia. In: 1st International Education Postgraduate Seminar 2014, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
235kB

Abstract

Peranan guru dalam sistem pendidikan khususnya di Malaysia merupakan tunjang pelaksana setiap dasar yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Guru merupakan jentera penggerak bagi setiap dasar yang dirancang oleh KPM. Kini tugas guru semakin mencabar, guru bukan sahaja menjadi penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar malahan bertanggungjawab untuk menyemai minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar. Proses pembelajaran yang berkesan akan mengasah pemikiran analitikal, kritikal dan kreatif bagi membentuk individu yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran yang semakin drastik selaras dengan hala tuju sistem pendidikan negara. Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah memberi fokus untuk memacukan peningkatan profesionalisme guru dalam gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025 (Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim, 2012).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:the education system, the learning process
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:61010
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:12 Mar 2017 08:04
Last Modified:12 Mar 2017 08:04

Repository Staff Only: item control page