Ibrahim, Mohd. Mokhzani and Arshad, Mohammad Yusuf and A. Shukor, Nurbiha and Rosli, Mohd. Shafie (2014) Pembelajaran berasaskan masalah dalam sains: satu meta analisis. In: 1st International Education Postgraduate Seminar, 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.
|
PDF
240kB |
Abstract
Pembelajaran berasaskan masalah (PBM) merupakan salah satu pendekatan pembelajaran konstruktivis (Alias & Saleh, 2007) yang menekankan penglibatan pelajar secara aktif sepanjang proses pembelajaran (Yeung, 2010) manakala guru bertindak sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang telah ditetapkan. Pendekatan pembelajaran ini menggunakan masalah berasaskan kepada situasi sebenar (real-world), bersifat kompleks (Wirkala & Kuhn, 2011), tidak berstruktur (Savin-Baden & Kay, 2006) dan tiada penyelesaian yang spesifik (Hmelo-Silver, 2004) bagi merangsang pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi seperti pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah (Rissi, 2010; Sungur, Tekkay & Geban, 2006). Berbeza dengan pendekatan pembelajaran konvensional yang menekankan pembelajaran berbentuk hafalan, pendekatan PBM merangsang minda pelajar dengan cara mengemukakan masalah pada awal sesi pembelajaran (Hung, 2009). Masalah tersebut akan mecetuskan konflik di dalam minda pelajar seterusnya meningkatkan perasaan ingin tahu serta mendorong pelajar berusaha dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang diberi.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | excite the minds of students, guide students |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 60990 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 12 Mar 2017 07:49 |
Last Modified: | 12 Mar 2017 07:49 |
Repository Staff Only: item control page