Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aspek-aspek kompetensi holistik guru dalam pengajaran di sekolah menengah

Ernawati, Andi and Sihes, Ahmad Johari (2014) Aspek-aspek kompetensi holistik guru dalam pengajaran di sekolah menengah. In: The 1st Academic Symposium on Integrating Knowledge (The 1st ASIK). Integrating Knowledge with Science and Religion, 20-21 Jun, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
292kB

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek kompetensi holistik guru dalam pengajaran di sekolah menengah kebangsaan Bandar Makassar, Negeri Sulawesi Selatan Indonesia dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data kualitatif diperolehi daripada temu bual ke atas 12 orang responden iaitu penyelia pendidikan, pengetua sekolah, dan guru pakar sekolah menengah kebangsaan di Bandar Makassar. Terdapat empat aspek kompetensi yang diperlukan guru sekolah menengah yang diperolehi daripada data temu bual iaitu aspek pengetahuan mengajar, kemahiran dalam mengajar, kecerdasan emosional, dan spiritual. Aspek-aspek tersebut mesti ada dalam diri guru secara holistik dan seimbang untuk melaksanakan tugas terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:competence, holistic
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:60946
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:09 Mar 2017 00:53
Last Modified:30 Aug 2017 03:43

Repository Staff Only: item control page