Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan keperluan pelajar, iklim bilik darjah, matlamat sekolah dengan pengetahuan pedagogi isi kandungan guru tingkatan enam

Pet, Mokhtar and Sihes, Ahmad Johari (2014) Hubungan keperluan pelajar, iklim bilik darjah, matlamat sekolah dengan pengetahuan pedagogi isi kandungan guru tingkatan enam. In: 1st International Education Postgraduate Seminar : Innovation, Issues and Challenges for Educational Sustainability., 23-24 Nov, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
352kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan keperluan pelajar, iklim bilik darjah, matlamat sekolah dalam mempengaruhi domain pemikiran pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru tingkatan enam. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan disokong dengan pendekatan kualitatif melalui temu bual. Guru tingkatan enam (GT6) yang terlibat sebagai responden merupakan guru yang mengajar di sekolah tingkatan enam negeri Johor. Persoalan kajian ini ialah (a) Bagaimanakah pemikiran guru tingkatan enam terhadap keperluan faktor luaran guru iaitu keperluan pelajar, iklim bilik dan darjah, matlamat sekolah? (b) Bagaimanakah domain pemikiran PPIK GT6? dan (c) Adakah terdapat hubungan diantara keperluan pelajar, iklim bilik darjah, matlamat sekolah dengan domain pemikiran PPIK GT6? Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data kuantitatif dan analisis kandungan digunakan bagi menganalisis data kualitatif. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor keperluan pelajar merupakan faktor yang terpenting yang mempengaruhi domain pemikiran PPIK GT6. Bagi faktor keperluan pelajar, aspek motivasi pelajar yang terpenting iaitu dengan nilai min 4.80. Domain pemikiran PPIK iaitu aspek penguasaan isi kandungan dan kaedah mengajar mengikut topik yang terpenting dengan nilai min 4.60. Hubungan antara domain PPIK GT6 dengan faktor luaran guru adalah signifikan secara positif dalam tahap yang lemah iaitu iklim bilik darjah dengan pekali korelasi pearson bernilai 0.459, keperluan pelajar bernilai 0.443 dan matlamat sekolah bernilai 0.442. Kajian ini memberi maklumat kepada pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mertabatkan pendidikan tingkatan enam terutama memberi motivasi kepada pelajar dan meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan penguasaan pedagogi kepada GT6.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:student requirements, climate classroom
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:60938
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:09 Mar 2017 00:49
Last Modified:11 Sep 2017 03:41

Repository Staff Only: item control page