Zakaria @ Othman, Suhaimi and Aris, Baharuddin and Mohammed, Hasnah and Mohd. Zaid, Norasykin and Abdullah, Zaleha (2014) Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi melalui model stesen rotasi pelbagai Mod. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.
|
PDF
788kB |
Abstract
Pembangunan tahap pemikiran pelajar melalui penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) amat dititikberatkan bagi memperkasakan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Usaha ini selaras dengan seruan kerajaan dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara seperti dalam pengisian perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dengan yang demikian, pelajar perlulah diasuh kemahiran insaniah mereka dengan diberi peluang untuk menyampaikan idea dan mencuba secara praktikal dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan bukan setakat menghafal fakta atau teori saintifik semata-mata. Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan dengan penerapan KBAT dalam mata pelajaran Matematik Sekolah Menengah melalui model pedagogi Stesen Rotasi Pelbagai Mod. Pembelajaran melalui medium sosial secara dalam talian dan penerapan unsur kolaboratif di dalam pedagogi ini mempunyai potensi dalam membaiki kemahiran insaniah pelajar. Kajian konsep ini diharapkan memberikan sumbangan kepada dunia pendidikan berkaitan kaedah atau pendekatan yang sesuai digunakan untuk meningkatkan KBAT di kalangan pelajar.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | blended learning, rotation station model |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 60934 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 09 Mar 2017 00:45 |
Last Modified: | 12 Sep 2017 03:19 |
Repository Staff Only: item control page