Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian pembelajaran berasaskan kompetensi: kajian kes di kolej komuniti

Mohd. Daud, Mohd. Anizam and Mohamed Hakimi, Abdul Rahman and Andin Abdullah, Nur Qistina and Nordin, Mohd. Safarin (2014) Penilaian pembelajaran berasaskan kompetensi: kajian kes di kolej komuniti. In: International Seminar on Technical and Vocational Education TVEIS 2014, 25-26 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
631kB

Abstract

Sumber guna tenaga mahir kini menjadi agenda utama Malaysia dalam mencapai matlamat Wawasan 2020. Kini dianggarkan 1.5 juta pekerja mahir diperlukan bagi menyokong perkembangan sektor industri negara. Dalam merealisasikan matlamat menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi, Malaysia telah mengambil inisiatif dengan membangunkan sumber tenaga mahir melalui usaha bersepadu di dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Kini kelayakan daripada institusi bukan suatu keutamaan oleh bakal majikan. Majikan kini lebih berhati-hati dalam pengambilan pekerja dengan menjadikan nilai-nilai kompetensi yang ada pada individu sebagai keutamaan. Justeru, rata-rata institusi latihan dan kemahiran kini telah menuju ke arah itu dengan meletakkan kompetensi sebagai suatu keutamaan bagi membangunkan kebolehpasaran pelajar. Pelaksanaan Pendidikan Berasaskan Kompetensi (PBK) dalam PTV merupakan pendekatan yang praktikal bagi melahirkan pekerja mahir yang bukan sahaja berkualiti dan mahir tetapi memiliki nilai kompeten yang tinggi dalam perlakuan dan pemikiran terhadap kerja. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah dan prinsip yang diamalkan dalam penilaian kompetensi pelajar. Kaedah temubual digunakan di dalam kajian ini yang dijalankan terhadap tenaga pengajar. Penganalisisan dokumen juga dilakukan bagi mendapatkan gambaran secara tepat akan bentuk-bentuk penilaian yang diamalkan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pembangunan kompetensi pelajar tertumpu kepada elemen pengetahuan dan kemahiran praktikal kerja, manakala elemenelemen „soft skills?, profesionalisma, nilai-nilai norma dan juga sikap tidak disepadukan di dalam penilaian kursus secara khusus.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:education, community college
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:60906
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:09 Mar 2017 00:21
Last Modified:07 Sep 2017 04:33

Repository Staff Only: item control page