Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Robotik dalam pendidikan di Malaysia

Ibrahim, Hafzan and Ali, Mohammad Bilal and Abdullah, Fatin Aliah Phang and Abu Samah, Norazrena (2014) Robotik dalam pendidikan di Malaysia. In: International Education Postgraduate Seminar (IEPS 2014), 23-24 Dec, 2014, Johor Bahru, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
247kB

Abstract

Berdasarkan Gelombang 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan tumpuan pada peningkatan prestasi sistem pendidikan negara. Ini berdasarkan penurunan peratusan markah dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Dalam usaha merealisasikan hasrat PPPM, bahan sumber Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sains dan Matematik dibangunkan dengan berteraskan pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Dapatan TIMSS dan PISA jelas menunjukkan murid di Malaysia lemah dalam domain kognitif yang melibatkan KBAT seperti menaakul, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Berdasarkan kajian-kajian lepas di peringkat antarabangsa, robotik digunakan dalam pendidikan dapat meningkatkan penguasaan pelajar dari domain kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh itu, kertas konsep ini membincangkan tentang potensi robotik dalam pendidikan sebagai bahan sumber di Malaysia dalam membantu meningkatkan KBAT pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:robotik, education
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:60854
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:08 Mar 2017 04:43
Last Modified:08 Mar 2017 04:43

Repository Staff Only: item control page