Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan penggunaan VO2 Max di antara renang jarak dekat atlet SUKMA dan atlet yang tidak layak menyertai SUKMA Negeri Johor

Abdul Aziz, Abu Salman and Mohd. Hashim, Asha Hasnimy (2008) Perbandingan penggunaan VO2 Max di antara renang jarak dekat atlet SUKMA dan atlet yang tidak layak menyertai SUKMA Negeri Johor. In: Konvensyen Danga Bay, 18-20 Febuary 2008, Hyatt Regency Hotel, Johor Bahru Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

VO2 max merupakan jumlah pengambilan oksigen maksimum semasa melakukan sesuatu aktiviti. Namun kadar keperluan VO2 max tersebut adalah berbeza bagi setiap individu dan aktiviti yang dilakukan. Dalam sukan renang, VO2 max amat penting kerana ia dapat memberi ukuran pengambilan oksigen maksimum bagi atlet. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengenalpasti perbandingan penggunaan VO2 max di antara renang jarak dekat atlet Sukma dan atlet yang tidak layak menyertai Sukma Negeri Johor. Subjek kajian ini adalah terdiri daripada atlet renang Sukma Negeri Johor yang berumur di antara 15-18 tahun. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk ekperimental di mana subjek dikehendaki berlari di atas treadmill dengan menggunakan protokol Bruce dan anggaran VO2 max akan diambil berdasarkan kadar denyutan jantung yang direkodkan oleh Polar Heart Rate. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages for Social Science Version 13.0 (SPSS Version 13.0) dan ujian perbandingan T-test digunakan untuk menguji hipotesis kajian bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau sebaliknya dengan nilai p>0.05.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:VO2 Max, renang jarak dekat, SUKMA, Negeri Johor
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Education
ID Code:6068
Deposited By: Asha Hasnimy Mohd Hashim
Deposited On:07 Aug 2008 11:06
Last Modified:11 Sep 2017 00:56

Repository Staff Only: item control page