Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengenalpasti jenis-jenis kecederaan yang dialami oleh atlet silat olahraga yang mewakili Negeri Johor ke SUKMA 2008 semasa kejohanan silat

Bakar, Mat Azmin and Mohd Hashim, Asha Hasnimy Mengenalpasti jenis-jenis kecederaan yang dialami oleh atlet silat olahraga yang mewakili Negeri Johor ke SUKMA 2008 semasa kejohanan silat. In: Konvensyen Danga Bay 2008, 18-20 Febuary 2008, Hyatt Regency Hotel, Johor Bahru Johor.

[img] Microsoft Word
24Kb

Abstract

Silat merupakan salah satu sukan seni mempertahankan diri yang dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA). Namun sukan ini kurang mendapat perhatian dari segi penyelidikan memandangkan ia kurang berkembang di negara-negara lain. Sehubungan itu, penyelidik ingin menjalankan kajian terhadap sukan ini. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis kecederaan yang merangkumi bahagian dan tahap kecederaan dialami oleh atlet silat olahraga yang mewakili Negeri Johor ke SUKMA 2008. Kaedah soal selidik digunakan yang merangkumi butiran peribadi atlet, maklumat sukan yang diceburi, maklumat kecederaan termasuk jenis kecederaan, bahagian kecederaan dan juga tahap kecederaan tersebut. Seramai 15 orang atlet silat termasuk lelaki dan perempuan yang mewakili Negeri Johor yang berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 23 tahun telah dipilih menjadi subjek. Data-data mentah yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 13.0 (SPSS 13.0). Data menunjukkan 80% atlet mengalami kecederaan lebam atau calar di bahagian tangan dan pergelangan tangan. Selebihnya iaitu 20% lagi mengalami ketegangan di bahagian tangan dan pinggang. Hasil dapatan ini dapat memberi gambaran kepada jurulatih dan juga atlet itu sendiri mengenai kecederaan yang sering dialami, seterusnya dapat menggalakkan keperluan pengubahsuaian latihan, teknik-teknik dan cara untuk mengelak dan mengawal kecederaan daripada berlaku.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Education
ID Code:6065
Deposited By: Asha Hasnimy Mohd Hashim
Deposited On:07 Aug 2008 11:07
Last Modified:01 Jun 2010 15:38

Repository Staff Only: item control page