Abd. Manan, Mariana and Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Ibrahim, Halijah (2008) Kajian terhadap tahap ketangkasan di kalangan atlet tinju sukan Malaysia(SUKMA) Negeri Johor 2008. In: Konvensyen Danga Bay 2008, 18-20 Febuary 2008, Hyatt Regency Hotel, Johor Bahru Johor.
Microsoft Word
28kB |
Abstract
Tahap ketangkasan perlu dititikberatkan dalam sukan tinju kerana ianya merupakan aspek penting dalam sukan ini. Peninju perlu mempunyai tahap ketangkasan yang tinggi untuk bergerak dan menukar arah pergerakan dengan kadar yang cepat dan pantas sama ada ketika melakukan serangan ataupun mengelakkan diri dari pihak lawan. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap ketangkasan di kalangan atlet tinju Sukan Malaysia (SUKMA) negeri Johor 2008 sebelum dan selepas program latihan atlet. Seramai sembilan orang atlet tinju SUKMA Johor 2008 berumur antara 16 hingga 20 telah dipilih sebagai subjek dalam kajian ini. Ujian yang digunakan adalah ujian Larian Boomerang mengikut norma Gates and Sheffield (1940). Kebolehpercayaan ujian ini dalam menguji ketangkasan adalah r = 0.93. Data yang diperolehi dibandingkan menggunakan ujian t pada aras signifikan p < 0.05 melalui Statistical Package For Social Science (SPSS) 14.0. Dijangkakan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian yang akan dijalankan disebabkan oleh program latihan atlet yang dijalankan adalah secara intensif dan selama empat minggu secara tidak langsung latihan ini akan dapat meningkatkan tahap ketangkasan atlet.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | tahap ketangkasan, atlet tinju, SUKMA, Negeri Johor |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6064 |
Deposited By: | Asha Hasnimy Mohd Hashim |
Deposited On: | 07 Aug 2008 11:04 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 00:55 |
Repository Staff Only: item control page