Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Latihan rectus abdominis yang sesuai untuk pemainan hoki

Ismail, Norhafizah and Mohd. Hashim, Asha Hasnimy (2008) Latihan rectus abdominis yang sesuai untuk pemainan hoki. In: Konvensyen Danga Bay 2008, 18-20 Febuary 2008, Hyatt Regency Hotel, Johor Bahru Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan kontraksi otot rectus abdominis semasa membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek dalam permainan hoki dengan latihan bangkit tubi, crunches dan curl-up. Kajian ini dilakukan terhadap 3 orang subjek yang merupakan pemain hoki wanita Sukma, Negeri Johor yang berumur di antara 15 hingga 20 tahun dan masing-masing mempunyai Body Mass Index (BMI) pada tahap unggul. Ujian dijalankan dengan melakukan 4 jenis aktiviti iaitu lakuan membongkokkan badan seperti kemahiran menggelecek, bangkit tubi, crunches dan curl-up. Aktiviti bahagian otot rectus abdominis subjek diukur dengan menggunakan Biopac Student Lab: Lesson 1 (Electromyography). Data mentah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0) Hipotesis yang dibuat di dalam kajian ini akan diuji dengan menggunakan ujian-t. Secara kesimpulannya, aktiviti latihan rectus abdominis curl-up sesuai dengan lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek memandangkan data yang diperolehi menunjukkan kontraksi otot rectus abdominis yang hampir sama.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:Q Science > QM Human anatomy
Divisions:Education
ID Code:6062
Deposited By: Asha Hasnimy Mohd Hashim
Deposited On:07 Aug 2008 11:01
Last Modified:06 Dec 2011 02:27

Repository Staff Only: item control page