Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan

Yahaya, Azizi and Abdul Razak, Syazwani (2008) Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan. Journal of Science & Mathematics Education . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
115kB

Abstract

ABSTRAK: Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dan kaedah pengajaran guru yang diamalkan terhadap pencapaian mata pelajaran PKA di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Responden kajian melibatkan 180 orang pelajar dan borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A tujuh soalan berkaitan dengan Latar Belakang Responden dan Bahagian B mengandungi 36 item berkaitan dengan tiga jenis gaya pembelajaran dan dua jenis kaedah pengajaran. Nilai Alpha keseluruhan bagi soalan di dalam soal selidik ialah 0.844 dan menunjukkan kebolehpercayaan soalan yang tinggi. Data dianalisis menggunakan perisisian SPSS 15 iaitu Statistical Package for the Social Science yang digunakan bagi mendapatkan frekuensi, peratus, dan min yang kemudian akan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan gaya pembelajaran auditori adalah gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh responden manakala kaedah demonstrasi merupakan kaedah pengajaran yang paling dominan diamalkan oleh guru. Dalam kajian ini, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran visual dan kinestetik dengan pencapaian mata pelajaran PKA manakala terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran auditori dengan pencapaian mata pelajaran PKA. Bagi analisis hubungan antara kaedah pengajaran dan gaya pembelajaran pula wujud hubungan yang signifikan di antara kedua-duanya. Kajian ini mencadangkan kajian lanjutan bagi melihat keberkesanan kaedah pengajaran guru yang perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat bagi mengatasi masalah pencapaian pelajar. (

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kata kunci: gaya pembelajaran pelajar, kaedah pengajaran, pencapaian mata pelajaran, auditori dan kaedah demonstrasi)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6059
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Aug 2008 13:36
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page