Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan konsep istibdal bagi penyelesaian pencerobohan tanah wakaf berbentuk penempatan di negeri Perak

Aris, Haziq Faris (2016) Penggunaan konsep istibdal bagi penyelesaian pencerobohan tanah wakaf berbentuk penempatan di negeri Perak. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Geoinformation and Real Estate.

[img]
Preview
PDF
575kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) adalah pemegang amanah tunggal yang dipertanggungjawabkan bagi menguruskan kira-kira 2817 lot tanah wakaf seluas kira-kira 6,341.5069 hektar (15,670.2060 ekar) di seluruh negeri Perak. Tanah wakaf juga terdedah kepada pencerobohan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan menjejaskan niat asal pewakaf dan manfaat wakaf tersebut kepada masyarakat Islam. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti bentuk dan punca pencerobohan tanah wakaf serta melihat tahap kefahaman asas responden mengenai pencerobohan tanah wakaf disamping mengkaji penggunaan konsep Istibdal sebagai penyelesaian pencerobohan tanah wakaf bagi tujuan penempatan di Negeri Perak. Kajian telah dijalankan kepada responden daripada MAIPk, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah melalui edaran borang soal selidik dan juga temubual khas. Hasil kajian mendapati pencerobohan tanah wakaf berbentuk penempatan kerap berlaku dan lebih sukar ditangani berbanding bentuk pencerobohan yang lain. Selain itu, tinjauan mendapati penggunaan konsep Istibdal dalam mengatasi masalah pencerobohan tanah wakaf berbentuk penempatan boleh dilaksanakan di Negeri Perak dengan kerjasama yang erat di antara MAIPk dan Pentadbiran Tanah Negeri. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas untuk penambahbaikan penggunaan konsep Istibdal dalam menangani masalah pencerobohan tanah wakaf pada masa hadapan.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2016; Supervisor : Dr. Robiah Suratman
Uncontrolled Keywords:konsep Istibdal, Negeri Perak
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD1394-1394.5 Real estate management
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:60561
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:25 Jan 2017 07:57
Last Modified:08 Oct 2017 07:44

Repository Staff Only: item control page