Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Kemahiran Generik Dengan Jantina, Pengkhususan Dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM : Satu Tinjauan

Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri and Aris, Baharuddin and Harun, Jamaluddin and Abdul Hamid, Mohd Zolkifli (2007) Hubungan Antara Kemahiran Generik Dengan Jantina, Pengkhususan Dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM : Satu Tinjauan. Prosiding Seminar Penyelidikan IPG Batu Lintang 2007 . ISSN 9789834281533 (Unpublished)

[img] Microsoft Word (IPBL)
126kB

Abstract

Kemahiran generik amat penting bagi menentukan keupayaan graduan mengadaptasikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam dunia pekerjaan sebenar. Kesemua graduan termasuklah kursus pendidikan perguruan pra perkidmatan tidak terkecuali dalam penerapan kemahiran ini. Kertas ini membincangkan tentang dapatan kajian yang berkaitan dengan kemahiran generik di kalangan guru-guru pelatih UTM dan hubungannya dengan faktor demografi seperti jantina, pengkhususan dan pencapaian (CGPA), yang diikuti oleh guru pelatih. Kajian telah dilakukan terhadap 315 orang guru pelatih yang menjalani latihan mengajar pada sesi Julai 2007/2008. Responden telah dipilih secara rawak mudah dan data dikutip menggunakan pendekatan deskriptif dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0. Data dianalisis menggunakan kaedah ANOVA Tiga Hala pada alfa bersamaan 0.05 bagi mengkaji hubungan demografi jantina, pengkhususan dan CGPA terhadap kemahiran generik guru-guru pelatih. Dapatan dari kajian ini menunjukkan ketiga-tiga faktor demografi yang dikaji tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kemahiran generik guru-guru pelatih UTM.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6056
Deposited By: Megat Aman Zahiri M. Zakaria
Deposited On:04 Aug 2008 01:19
Last Modified:22 Oct 2017 01:06

Repository Staff Only: item control page