Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepimpinan pengajaran: sains : satu tinjauan

Abdul Ghafar, Mohamed Najib and Buang, Norazah (2008) Kepimpinan pengajaran: sains : satu tinjauan. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
235Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran sains dalam strategi pengajaran dan mengenal pasti gaya kepimpinan pengajaran yang diamalkan berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman. Kajian ini melibatkan 100 responden yang mengajar di sekolah menengah rendah di daerah Batu Pahat, Johor. Instrumen yang digunakan ialah adaptasi daripada Leader Behaviour Description Questionnaire (LBDQ) dengan objektif kajian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data yang berbentuk kuantitatif dan dianalisis secara perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science ) Versi 10.0. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah melaksanakan tugas mengajar. Manakala pemboleh ubah bebas ialah gaya-gaya kepimpinan ialah memberitahu, menjual, penyertaan dan penyerahan tugas. Kajian mendapati gaya kepimpinan menjual, memberitahu dan penyerahan tugas sering diamalkan dalam banyak situasi mengikut teori Hersey dan Blanchard di kalangan guru-guru sains. Analisis Anova “sehala� juga menunjukkan hubungan yang signifikan di antara gaya-gaya kepimpinan dan analisis korelasi menunjukkan hubungan di antara gaya-gaya kepimpinan yang sangat kuat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6048
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:05 Feb 2009 14:48
Last Modified:01 Jun 2010 15:38

Repository Staff Only: item control page