Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar tingkatan dua maktab rendah sains mara, Gerik, Perak

Bahuri, Intan Sapinas (2008) Tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar tingkatan dua maktab rendah sains mara, Gerik, Perak. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Asas Pendidikan.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

933Kb
[img] PDF (Abstract)
27Kb
[img] PDF (Table Of Content)
22Kb
[img] PDF (1st Chapter)
29Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Kajian ini mengandungi lima objektif kajian. Responden kajian terdiri daripada 132 orang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah satu set soalan soal selidik. Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian A adalah un tuk mendapatkan maklumat latar belakang responden. Bahagian B mengandungi item-item yang perkaitan dengan persoalan kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSSv14.0, iaitu Statistical Package for the Social Science Version 14.0 untuk mendapatkan min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.926. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi faktor diri sendiri adalah 3.88 dengan sisihan piawai 0.52, faktor rakan sebaya ialah 4.18 dengan sisihan piawai 0.47, faktor guru ialah 4.17 dengan sisihan piawai 0.47 dan faktor suasana pembelajaran adalah 4.17 dengan sisihan piawai 0.48. Pada keseluruhannya, didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Dapatan menunjukan faktor rakan sebaya berada di tahap yang tinggi. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan pada akhir kertas penyelidikan untuk membolehkan kajian lanjutan dijalankan. Di antara cadangannya adalah responden kajian tidak dihadkan kepada pelajar peringkat sekolah sahaja tetapi boleh melibatkan pelajar dari institusi pengajian tinggi yang lain. Kajian juga diperluaskan kepada banyak sekolah dan menggunakan responden dari kawasan bandar dan luar bandar.

Item Type:Thesis (Other)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6039
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jul 2008 06:32
Last Modified:13 Sep 2012 06:41

Repository Staff Only: item control page