Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembentukan Personaliti Remaja

Yahaya, Azizi (2008) Pembentukan Personaliti Remaja. Journal of Science & Mathematics Education . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
93kB

Abstract

Mengikut Allport personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan system psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian tertentu ke atas persekitaran. Organisasi dinamik ( Dynamik Organisation ) bermaksud integrasi serta hubungan di antara pelbagai aspek personaliti. Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan berkembang dan bukan sesuatu yang statistik.‘Sistem psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi, sentimen dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan am. Sistem ini bukan terhasil daripada baka. Walaupun sistem ini bukan terhasil daripada baka, system ini telah terbentuk dengan cara pembelajaran akibat pengalaman seseorang kanak-kanak. Sistem psikofizikal adalah kuasa penggerak yang menentukan penyesuaian jenis apakah yang dibuat oleh seseorang kanak-kanak.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6034
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Jul 2008 21:45
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page