Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Krishnan, Janarthini and Mohamad Said , Mohd Nihra Haruzuan and Atan, Noor Azean and Hassan, Johari (2007) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology, 2 . ISSN 983-42733-2-3

[img]
Preview
PDF
49kB

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan epembelajaran. Seramai 79 responden dipilih daripada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM untuk tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 36 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.889. Faktor pengajar dan faktor kandungan kursus berada pada tahap yang tinggi manakala faktor persekitaran pembelajaran, faktor peralatan pembelajaran dan proses pembelajaran berada pada tahap sederhana. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar menggunakan e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus yang disediakan adalah sesuai, bersistematik dan juga membantu pelajar dalam kerja mereka (tugasan, kuiz, ujian dan lain-lain).

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6014
Deposited By: Prof Dr Zaidatun Tasir
Deposited On:28 Jul 2008 07:25
Last Modified:01 Jun 2010 15:37

Repository Staff Only: item control page