Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor.

Saud, Muhammad Sukri and Abdul Rahman, Mohd Anuar and Ting , Kung Shiung (2007) Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology, 2 . ISSN 983-42733-2-3

[img]
Preview
PDF
43kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan diri (self-efficacy) siswazah terhadap epembelajaran, halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah dalam penggunaan epembelajaran dan hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) dengan halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran. Sebanyak 306 siswazah yang sedang mengikuti kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Bagi mendapatkan data-data yang berkaitan, soal selidik telah digunakan, dan analisis deskriptif telah dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap kecekapan diri siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah tinggi. Kecekapan diri siswazah secara keseluruhannya mencatat nilai min 3.80. Terdapat empat halangan utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara keempat-empat halangan, halangan teknologikal mencatat min yang tertinggi iaitu 3.10. Halangan situasi mencatat min 2.97 dan halangan institusi mencatat min 2.80. Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu 2.57. Dapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran dan kecekapan diri terhadap e-pembelajaran adalah rendah memandangkan nilai pekali korelasi sebanyak -0.384.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6011
Deposited By: Prof Dr Zaidatun Tasir
Deposited On:28 Jul 2008 07:26
Last Modified:01 Jun 2010 15:37

Repository Staff Only: item control page