Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk topik pecahan

Abdullah, Abdul Halim and Zainal Abidin, Nur Liyana (2015) Analisis kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk topik pecahan. Jurnal Pendidikan Nusantara, 1 . pp. 1-17. ISSN 2289-9375

Full text not available from this repository.

Abstract

Penyelesaian masalah merupakan aktiviti yang dapat menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar. Bagaimanapun hanya sebahagian pelajar sahaja yang berkemampuan untuk menyelesaikan masalah dan sebahagian lagi menghadapi kesukaran. Kesukaran tersebut menyebabkan pelajar melakukan pelbagai kesilapan. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan menganalisis kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan KBAT dalam tajuk Pecahan. Sampel kajian terdiri daripada 96 orang pelajar tingkatan satu dari sebuah sekolah menengah di Johor. Instrumen kajian terdiri daripada set soalan ujian yang mengandungi empat soalan KBAT. Kesilapan dianalisis berpandukan Model Analisis Kesilapan Newman yang terdiri daripada membaca, kefahaman, transformasi, kemahiran proses dan pengekodan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar kerap untuk melakukan kesilapan dalam pengekodan (27.58%), diikuti dengan kemahiran proses (27.33%), transformasi (24.17%) dan kefahaman (20.92%). Kajian turut mendapati pelajar berhadapan masalah untuk menghubungkait maklumat dan pelaksanaan strategi yang digunakan dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan KBAT dalam topik Pecahan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran berfikir aras tinggi, membaca, transformasi, kemahiran proses, pengekodan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:60109
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:24 Jan 2017 02:54
Last Modified:17 Dec 2021 06:45

Repository Staff Only: item control page