Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian awal terhadap kebolehan ruang pelajar-pelajar pengajian kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah teknik

Nordin, Mohd. Safarin and Saud, Muhammad Sukri (2007) Kajian awal terhadap kebolehan ruang pelajar-pelajar pengajian kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah teknik. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology, 2 . ISSN 983-42733-2-3

[img]
Preview
PDF
93Kb

Abstract

Tugas menyediakan sesebuah lukisan memerlukan seseorang jurutera atau pelukis kejuruteraan memulakan kerja-kerja melukis dengan membentuk imej-imej mental sesuatu binaan terlebih dahulu. Justeru itu, mata pelajaran-mata pelajaran grafik kejuruteraan seperti Lukisan Kejuruteraan (LK) memerlukan seseorang pelajar menguasai kebolehan membina gambaran mental dan berimaginasi atau mempunyai kebolehan gambaran ruang. Dalam bahagian pertama kertas kerja ini, penulis akan menghuraikan secara ringkas usaha yang sedang dilakukan dalam membangunkan kaedah pengajaran dalam LK khusus untuk membantu meningkatkan keupayaan pelajar dalam menggambar dan melukis di samping memperoleh kemahiran-kemahiran pengendalian perisian CAD untuk melukis. Kaedah pengajaran tersebut adalah berbentuk pendekatan serentak yang menggunakan pemodelan bongkah 3-dimensi sebagai medium pengajaran dalam mata pelajaran LK. Pendekatan pengajaran yang diperkenalkan penulis dibangunkan khusus untuk pendidikan kejuruteraan dan digunakan sebagai asas kepada kajian penilaian berkaitan dengan keberkesanannya dalam mempertingkatkan kemahiran visualisasi pelajar-pelajar. Sumbangan utamanya adalah menghasilkan deskriptif pengajaran LK seperti pemilihan topik-topik LK yang sesuai, rancangan pengajaran, manual/modul pengajaran guru, aktiviti pembelajaran dan pengalaman praktikal dalam menggunakan pendekatan pengajaran serentak untuk dilaksanakan dalam situasi sebenar pengajaran LK ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah teknik. Namun begitu, tujuan kajian awalan ini adalah untuk menentukan sejauh mana penguasaan kebolehan ruang di kalangan pelajar-pelajar pengajian kejuruteraan di sekolah menengah teknik dengan menggunakan 5 ujian ruang piawai yang kerap digunakan dan satu ujian ruang yang dibangunkan sendiri oleh penulis. Sampel kajian melibatkan 39 orang (26 lelaki, 13 perempuan) pelajar pengajian kejuruteraan dari salah sebuah sekolah menengah teknik di negeri Johor. Instrumen-instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah terdiri daripada ujian-ujian piawai versi ringkas dan temu bual bersama beberapa orang sampel yang dipilih secara rawak. Ujian kebolehan ruang versi ringkas seperti Minnesota Paper Form Board Test (MPFBT), Purdue Spatial Visualization Tests of Rotation (PSVT:R), Purdue Spatial Visualization Tests of Developments (PSVT:D), Differential Aptitude Tests: Spaces Relations (DAT:SR), Mental Cutting Test (MCT) dan versi penuh Ujian Transformasi Mental 3D kepada 2D (MTT) telah diguna untuk menentukan tahap kebolehan ruang para pelajar. Mana kala temu bual lisan telah dilakukan ke atas beberapa orang pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah dalam ujian-ujian tersebut bagi menentukan strategi-strategi yang telah mereka gunakan untuk menjawab soalan-soalan ujian ruang berkenaan. Hasil dapatan dari kajian awal yang telah dilaksanakan oleh penulis akan dipersembahkan dengan terperinci dalam kertas kerja ini.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6010
Deposited By: Zaidatun Tasir
Deposited On:28 Jul 2008 07:24
Last Modified:18 Aug 2011 01:48

Repository Staff Only: item control page