Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar dalam persekitaran perisian geometri interaktif

Abdullah, Abdul Halim and Mohamed, Mohini (2007) Penggunaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar dalam persekitaran perisian geometri interaktif. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology, 2 . ISSN 983-42733-2-3

[img]
Preview
PDF
401kB

Abstract

Geometri merupakan bidang yang penting dalam matematik. Dalam matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), salah satu komponen utamanya ialah bentuk. Walaubagaimanapun senario yang berlaku di sekolah pada hari ini menunjukkan guru lebih berminat untuk menggunakan pendekatan tradisional dan lebih berpusatkan kepada guru. Mereka kurang berminat untuk menggunakan teknologi yang telah disediakan. Pendekatan sebegini kurang menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) mencadangkan bahawa perisian geometri dinamik boleh digunakan untuk memperkukuhkan pembelajaran geometri pelajar. Jadi kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang digunakan oleh pelajar sewaktu mereka mengalami pembelajaran topik Bulatan tingkatan dua dengan menggunakan perisian KDE Interaktive Geometry (KIG). Tiga orang pelajar tingkatan dua dipilih untuk dijadikan sampel dalam kajian kes ini. Instrumen yang digunakan termasuklah modul pembelajaran topik Bulatan tingkatan dua yang dibangunkan oleh pengkaji berdasarkan model Van Hiele, perisian KIG dan video recorder. Petunjuk Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dijadikan rujukan. Hasil kajian menunjukkan pelbagai jenis kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang telah digunakan sepanjang mengalami pembelajaran geometri menggunakan perisian KIG ini. Peranan pengkaji sebagai fasilitator juga mampu menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6007
Deposited By: Prof Dr Zaidatun Tasir
Deposited On:28 Jul 2008 07:27
Last Modified:22 Aug 2011 02:17

Repository Staff Only: item control page