Ismail, Nurul Syazwani and Tasir, Zaidatun (2007) Juzclick : kamus multimedia interaktif berasaskan web. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology (2). ISSN 983-42733-2-3
|
PDF
655kB |
Abstract
Sejajar dengan perkembangan pesat dunia Teknologi Maklumat (IT) sejagat dan pembinaan rancak Koridor Raya Multimedia (MSC), wujudlah pelbagai istilah multimedia yang baru yang kebanyakannya masih belum pernah didengar sebelum ini. Maka ramai pelajar kurang memahami maksud sesuatu istilah multimedia itu. Pencarian makna sesuatu istilah secara manual menyukarkan pelajar serta melibatkan masa yang panjang. Disebabkan itulah, ramai pelajar lebih cenderung untuk memilih Internet sebagai sumber rujukan utama kerana ia menjadikan pembelajaran lebih cekap dan mudah. Justeru, projek ini merupakan pembangunan sebuah aplikasi multimedia yang merupakan satu dimensi baru kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam pembelajaran Teknologi Multimedia. Pembangunan Kamus Multimedia Interaktif Web ini menggabungkan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam persembahan maklumat bagi memberi kesan dari segi pemahaman kepada pelajar. Projek ini hanya melibatkan istilahistilah multimedia sahaja dan pelajar diberi pilihan sama ada ingin mengetahui definisi dan penerangannya dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Proses pembangunan projek ini menggunakan lima fasa daripada Model Air Terjun (Boyle, 1997), iaitu fasa analisis, rekabentuk, implementasi, integrasi dan penyelenggaraan. Dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX 2004 sebagai perisian utama, projek ini dibangunkan dengan berkonsepkan interaktif dan mesra pengguna. Diharapkan dengan pembangunan Kamus Multimedia Interaktif Web ini dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu istilah multimedia sekaligus dapat mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan carian istilah tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6004 |
Deposited By: | Prof Dr Zaidatun Tasir |
Deposited On: | 30 Jul 2008 22:08 |
Last Modified: | 18 Aug 2011 01:47 |
Repository Staff Only: item control page