Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan teknik penyelesaian masalah dalam pembangunan aturcara komputer bagi pelajar pendidikan

Zaid, Norasykin and Tasir, Zaidatun (2007) Penggunaan teknik penyelesaian masalah dalam pembangunan aturcara komputer bagi pelajar pendidikan. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology, 2 . ISSN 983-42733-2-3

[img]
Preview
PDF
76kB

Abstract

Pembangunan sesebuah aturcara komputer memerlukan kaedah yang betul dalam menjana sistem yang dapat menghasilkan output seperti yang dikehendaki. Oleh itu, teknik penyelesaian masalah merupakan teknik yang penting dalam memastikan ketepatan sistem komputer yang dibangunkan. Maka, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat teknik kemahiran menyelesaikan masalah pengaturcaraan dikalangan pelajar. Rekabentuk kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Sampel kajian yang digunakan adalah seramai 24 orang pelajar. Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 6 konstruk iaitu mewakili kemahiran memahami masalah (K1), kemahiran merancang penyelesaian (K2), kemahiran merekabentuk penyelesaian (K3), kemahiran menterjemah penyelesaian (K4), kemahiran menguji penyelesaian (K5) dan kemahiran mendokumentasi penyelesaian (K6) seperti yang disarankan dalam ‘Common Model’ oleh Deek (1999). Skala pengukuran yang digunakan dalam soalselidik ialah skala Likert lima mata. Manakala kaedah pemerhatian dan temubual digunakan bagi mendapatkan data kualitattif. Dapatan kajian daripada soal selidik yang diedarkan mendapati bahawa apabila pelajar menyelesaikan masalah pengaturcaraan, kemahiran menterjemah penyelesaian merupakan kemahiran yang paling banyak dilaksanakan oleh pelajar (min=4.53) diikuti oleh kemahiran menguji penyelesaian (min=4.50), kemahiran memahami masalah (min=4.40), kemahiran merekabentuk penyelesaian (min=4.17), kemahiran merancang penyelesaian (min=4.04) dan akhir sekali kemahiran mendokumentasi penyelesaian (min=3.78). Dapatan ini juga turut disokong oleh hasil pemerhatian dan temubual yang dijalankan ke atas sampel.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6003
Deposited By: Prof Dr Zaidatun Tasir
Deposited On:30 Jul 2008 22:05
Last Modified:22 Aug 2011 09:06

Repository Staff Only: item control page