Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan perisian pembelajaran berasaskan web menggunakan kaedah simulasi bagi sub topik teknologi rangkaian tanpa wayar untuk rangkaian kawasan setempat

Md. Hamdani , Noor Adreen and Md. Noor, Norah (2007) Pembangunan perisian pembelajaran berasaskan web menggunakan kaedah simulasi bagi sub topik teknologi rangkaian tanpa wayar untuk rangkaian kawasan setempat. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology (2). ISSN 983-42733-2-3

[img]
Preview
PDF
62kB

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan perisian pembelajaran berasaskan web dengan menggunakan kaedah simulasi dengan menggunakan Model Rekabentuk Pengajaran Willis R2D2. Topik yang dipilih bagi tujuan ini ialah Wireless Network Technologies bagi kegunaan pelajar Bachelor of Information Technology (BIT) dan Bachelor of Information System (BIS) dalam memahami dan menjalankan pemasangan rangkaian tanpa wayar untuk rangkaian kawasan setempat. Proses penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap rekabentuk utama iaitu rekabentuk informasi/strategi pembelajaran, rekabentuk persembahan, rekabentuk interaksi dan rekabentuk simulasi. Hasil daripada analisa terhadap setiap rekabentuk utama didapati rekabentuk informasi/strategi persembahan mendapat nilai min iaitu (min = 4.3), rekabentuk persembahan (min = 4.1), rekabentuk interaksi (min = 4.46) dan rekabentuk simulasi (min = 4.2). Manakala hasil daripada pemerhatian, didapati responden mampu dan berjaya menjalankan aktiviti pemasangan rangkaian tanpa wayar dengan bantuan perisian pembelajaran berasaskan web ini. Temubual turut mendapat maklumbalas yang positif setelah responden menjalankan aktiviti pemasangan tersebut.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6002
Deposited By: Prof Dr Zaidatun Tasir
Deposited On:28 Jul 2008 07:28
Last Modified:22 Aug 2011 02:11

Repository Staff Only: item control page