Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan dan penilaian pembelajaran menerusi web bagi sub topik “membina laman web” berasaskan pendekatan kolaboratif

Abdullah, Saharani and Md. Noor, Norah and Aris, Baharuddin (2007) Pembangunan dan penilaian pembelajaran menerusi web bagi sub topik “membina laman web” berasaskan pendekatan kolaboratif. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology (2). ISSN 983-42733-2-3

[img]
Preview
PDF
430kB

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan sistem pembelajaran menerusi web berasaskan pendekatan pembelajaran kolaboratif menggunakan Model Penyiasatan / ‘Model of Investigation’ yang dijadikan sebagai satu panduan kerangka teori kepada pengkaji (Johnson, Johnson & Smith, 1991) bagi merekabentuk strategi pembelajaran ini mengikut ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh Johnson & Johnson (1996). Topik yang dipilih bagi tujuan kajian ini ialah ‘Projek Membina Laman Web’ bagi kegunaan pelajar sarjana muda, Fakulti Pendidikan menyiapkan tugasan web mereka. Semasa pelajar menjalani pembelajaran kolaboratif, pelajar akan menggunakan pelbagai sumber seperti berbual melalui ruangan ‘Mari Sembang’, berforum, menghantar e-mail dan melayari laman web di internet untuk memperolehi maklumat yang dikehendaki. Proses penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap tiga aspek rekabentuk iaitu rekabentuk informasi/strategi pembelajaran, rekabentuk antaramuka dan rekabentuk interaksi sistem pembelajaran yang dibangunkan. Populasi kajian projek ini terdiri daripada 15 orang pelajar 4SPA/SPJ Fakulti Pendidikan yang mengambil mata pelajaran SPM1012 : Telekomunikasi dan Rangkaian di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Hasil daripada analisis terhadap ketigatiga aspek rekabentuk didapati bahawa rekabentuk informasi atau strategi pembelajaran berasaskan kolaboratif yang digunakan mendapat nilai min yang tinggi iaitu (min=4.4) diikuti oleh rekabentuk antaramuka (min=4.39) dan rekabentuk interaksi (min=4.42).

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6001
Deposited By: Prof Dr Zaidatun Tasir
Deposited On:30 Jul 2008 22:08
Last Modified:22 Aug 2011 02:08

Repository Staff Only: item control page