Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Reka bentuk dan pembinaan personalized learning courseware berasaskan konsep objek pembelajaran digital bagi pembelajaran animasi dan rangkaian komputer

Mohd. Nor, Siti Nor Rahimah and Ahmad Shukri, Nur Hafiza and Tasir, Zaidatun (2007) Reka bentuk dan pembinaan personalized learning courseware berasaskan konsep objek pembelajaran digital bagi pembelajaran animasi dan rangkaian komputer. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology (2). ISSN 983-42733-2-3

[img]
Preview
PDF
425kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pendidikan bagi topik Rangkaian Komputer menggunakan pendekatan Objek Pembelajaran Digital (OPD). Penghasilan bahan pengajaran yang berkonsepkan digital biasanya memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi. Menurut Wiley (2000) Objek Pembelajaran Digital ialah memecahkan isi kandungan pelajaran kepada bahagian-bahagian yang kecil yang boleh digunakan kembali dengan pelbagai persekitaran pembelajaran. Dengan membangunkan perisian menggunakan pendekatan OPD, masa dan kos dapat dijimatkan. Selain itu, OPD juga boleh menjadi salah satu sumber untuk menyokong pembelajaran kerana ia mempunyai ciri-ciri yang sangat efektif seperti kebolehgunaan semula, pakej pembelajaran yang kecil, interaktif dan merupakan pembelajaran yang bermakna. Pakej-pakej pembelajaran yang kecil ini dapat digabung menjadi satu pakej yang besar. Melalui perisian yang dibina, pelajar boleh memilih topik yang ingin dipelajarinya berdasarkan OPD yang disediakan. Setelah membuat pilihan topik, pelajar secara tidak langsung telah membina menu yang terdiri daripada topik-topik yang hanya ingin dipelajarinya sahaja. Dengan itu, pelajar akan lebih fokus kepada apa yang ingin dipelajarinya. Di dalam setiap topik, pelajar akan didedahkan dengan pendekatan pembelajaran yang bermakna seperti, pembelajaran berasaskan masalah, simulasi, permainan dan juga kuiz berperingkat. Perisian ini boleh digunakan oleh pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Animasi Komputer dan Rangkaian Komputer. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan Macromedia Authorware 7.0 dan perisian sokongan yang lain, Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8 dan Ulead Gif Animator. Perisian ini berpotensi meningkatkan pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin membangun.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5995
Deposited By: Prof Dr Zaidatun Tasir
Deposited On:30 Jul 2008 22:05
Last Modified:23 Aug 2011 01:48

Repository Staff Only: item control page