Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

PERSEKITARAN KELUARGA DAN KESANNYA TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN REMAJA DI DAERAH PONTIAN, JOHOR

Baharom, Badrulzaman (2006) PERSEKITARAN KELUARGA DAN KESANNYA TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN REMAJA DI DAERAH PONTIAN, JOHOR. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

WarningThere is a more recent version of this item available.

[img]
Preview
PDF
517Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara persekitaran keluarga dengan tingkah laku devian di kalangan pelajar remaja di Daerah Pontian, Johor. Kajian ini telah dijalankan di tujuh buah sekolah menengah di Daerah Pontian. Teknik persampelan bertujuan telah digunakan untuk mengenal pasti 210 orang responden iaitu pelajar-pelajar tingkatan empat untuk kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik Parental Behaviour Inventory (PBI), Paulson’s Perception of Parenting Scale, soal selidik Skala Benda (1995) dan soal selidik Skala Delinkuen oleh Junger (1997). Soal selidik yang digunakan telah diubahsuai berdasarkan kepada keperluan kajian ini. Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi keseluruhan instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.8401. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Manakala ujian-t digunakan untuk menguji perbezaan antara jantina dan tingkah laku devian remaja. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri tingkah laku ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja. Walaubagaimana pun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kepatuhan ibu bapa kepada agama, corak gaya asuhan ibu bapa dan tahap kasih sayang ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkah laku devian pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tingkah laku devian di kalangan pelajar remaja di Daerah Pontian adalah berada pada tahap yang rendah.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5993
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Jul 2008 15:16
Last Modified:01 Jun 2010 15:37

Available Versions of this Item

Repository Staff Only: item control page