Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Satu kajian rintis tentang pengesanan aras kemahiran generik yang telah dikuasai oleh pelajar universiti dalam pembelajaran aktif

L. P., Irene and Aris, Baharuddin and Tasir, Zaidatun (2007) Satu kajian rintis tentang pengesanan aras kemahiran generik yang telah dikuasai oleh pelajar universiti dalam pembelajaran aktif. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology (1). ISSN 983-42733-2-3

[img]
Preview
PDF
93kB

Abstract

Satu penilaian kuantitatif rintis dijalankan untuk mengesan aras kemahiran generik yang telah dikuasai oleh responden dalam pembelajaran aktif/pembelajaran pendekatan koperatif dalam subjek Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Responden kajian adalah terdiri daripada 41 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan (2 orang lelaki, 39 orang perempuan) yang mengikuti subjek Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM ini. Hasil dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi aras kemahiran generik yang paling tinggi sebelum dan selepas mengikuti pembelajaran secara aktif yang telah dikuasai oleh responden adalah keyakinan diri. Min keseluruhan bagi ketujuhtujuh kemahiran generik selepas mengikuti pembelajaran secara aktif yang telah dikuasai oleh responden adalah melebihi skel 4. Langkah-langkah akan disusulkan untuk memperkembangkan kemahiran generik bersama pengetahuan subjek yang spesifik dalam konteks pembelajaran pendekatan koperatif.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5981
Deposited By: Prof Dr Zaidatun Tasir
Deposited On:23 Jul 2008 02:08
Last Modified:23 Aug 2011 02:01

Repository Staff Only: item control page