Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan Komunikasi Kepimpinan Diri Dan Organisasi Dalam Perspektif Islam

Raja Abd Rahman, Raja Roslan and Yahaya, Azizi and Hassan, Mohd. Salleh (2008) Peranan Komunikasi Kepimpinan Diri Dan Organisasi Dalam Perspektif Islam. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah Dan Kesejahteraan Sosial, 18/8/2008-19/8/2008, Makhota Hotel Melaka. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
91kB

Abstract

Komunikasi kepemimpinan ialah kebolehan mempengaruhi pengikut dan melibatkan penggunaan kuasa oleh pemimpin dan penerimaan pengikut. Kebolehan mempengaruhi pengikut berhubung kait dengan memenuhi keinginan kepuasan pengikut. Kini pemimpin tidak boleh dicap lagi sebagai seorang pemimpin yang baik atau tidak baik, tetapi kita hanya dapat mengatakan seseorang pemimpin itu berkesan dalam satu-satu situasi tertentu, tetapi tidak berkesan dalam situasi yang lain. Keberkesanan komunikasi kepemimpinan juga dicadangkan boleh dipertingkatkan dengan cara sama ada dengan memodifikasi faktor situasi supaya menjadi lebih selesa atau mengubah stail kepemimpinan pemimpin. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa ajaran Islam menekankan ciri-ciri kekuatan fizikal dan spiritual secara bersepadu, akhlak yang mulia, kemahiran, ilmu pengetahuan dan komitmen yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang bijak berkomunikasi dan berwibawa dalam sesebuah organisasi. Justeru itu, bahawa individu yang bergelar pemimpin berwibawa itu merupakan seorang insan yang memiliki sifat keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain dalam sesuatu kelompok organisasi. Komunikasi kepemimpinan yang dimiliki akan membantu seseorang pemimpin itu dalam memimpin keluarga, masyarakat, organisasi, dan negara dengan lebih berkesan dan sempurna. Ia juga merupakan satu asas penting yang membolehkan seseorang pemimpin mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta memupuk motivasi ahli-ahli organisasi dalam melaksanakan amanah yang diberikan menurut ajaran Islam.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kata Kunci : Peranan, komunikasi kepemimpinan, diri, organisasi, perspektif Islam
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5950
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Jul 2008 14:01
Last Modified:01 Jun 2010 15:36

Repository Staff Only: item control page