Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Stres kerja di kalangan guru sekolah teknik di sekolah menengah teknik di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan

Tee, Sook Kim (2006) Stres kerja di kalangan guru sekolah teknik di sekolah menengah teknik di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Asas Pendidikan.

This is the latest version of this item.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

632Kb
[img] PDF
24Kb
[img] PDF
27Kb
[img] PDF
46Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca utama dan tahap stres kerja di kalangan guru aliran teknik di sekolah menengah teknik di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Faktor stres kerja yang dikaji termasuklah faktor salah laku pelajar, beban tugas, kekangan masa dan sumber, penghargaan dan perhubungan interpersonal. Seramai 92 orang guru aliran teknik (N = 92) dari sembilan buah sekolah menengah teknik di tiga buah negeri, iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan telah dipilih secara rawak (kluster atas kluster) untuk dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah Teacher Stress Inventory yang dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995) yang telah diubahsuai oleh Mokhtar (1998), Mazlan (2002) dan juga penyelidik sendiri. Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 20 orang guru aliran teknik di sebuah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.982. Analisis data dilakukan secara deskriptif (min, frekeunsi dan peratus) dan inferensi (Ujian Korelasi Pearson-r, Ujian-t dan Ujian ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres kerja di kalangan responden berada pada tahap yang sederhana. Faktor salah laku pelajar (min = 3.43) telah dikenal pasti sebagai faktor utama stres kerja di kalangan responden. Ini diikuti oleh faktor beban tugas (min = 3.00), faktor kekangan masa dan sumber (min = 2.97), faktor penghargaan (min = 2.90) dan faktor perhubungan interpersonal (min = 2.85). Kelima-lima faktor ini telah menyebabkan stres kerja yang sederhana kepada guru aliran teknik yang terlibat. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan stres kerja yang signifikan di kalangan responden mengikut jantina, status perkahwinan dan kelulusan akademik tertinggi. Di samping itu, stres kerja responden juga dibuktikan tidak berhubung secara signifikan dengan umur, pengalaman mengajar dan pendapatan gaji sebulan mereka.

Item Type:Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords:stres, kerja, guru teknik, beban tugas, kekangan masa dan sumber, penghargaan dan perhubungan interpersonal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5928
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Jul 2008 23:56
Last Modified:12 Jul 2012 04:01

Available Versions of this Item

  • Stres kerja di kalangan guru sekolah teknik di sekolah menengah teknik di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. (deposited 15 Jul 2008 23:56) [Currently Displayed]

Repository Staff Only: item control page