Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Johor Bahru

Yahaya, Azizi and Chinnapan, Gangagoury (2008) Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Johor Bahru. unspecified . p. 1. (Unpublished)

WarningThere is a more recent version of this item available.

[img]
Preview
PDF
139kB

Abstract

Abstrak Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dilakukan di 10 buah Sekolah Kebangssan Tamil di kawasan Johor Bharu dengan memfokuskan kepada tahap pengetahuan, minat, beban tugas, kesesuaian bengkel dan juga sokongan pihak pentadbiran. Seramai 50 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil dipilh sebagai sampel kajian. Instrumen kajian adalah dalam bentuk soal-selidik dan nilai kebolehpercayaan (alpha croanbach) yang diuji melalui kajian rintis adalah α = 0.7636. Dapatan kajian dianalisis melalui komputer dengan menggunakan perisian SPSS Statistical PackageS For Social Science 11.5 meliputi kekerapan, peratus, min, sisihan Piawai dan Ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang tinggi. Manakala faktor kesesuaian bengkel,beban tugas dan sokongan pihak pentadbir berada pada tahap sederhana. Berdasarkan Ujian-t didapati bahawa tiada perbebezaan yang dikenalpasti antara jantina dengan faktor-faktor yang dikaji dalam kajian ini. Kajian ini juga mencadangkan beberapa cadangan kepada pihak berkenaan untuk memberikan perhatian khusus terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Kebangssan Tamil. Kajian ini perlu dilakukan di seluruh negeri untuk mendapatkan keputusan yang sebenar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:(Katakunci: Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup, pengetahuan, minat, beban tugas, kesesuaian bengkel dan juga sokongan pihak pentadbiran)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5914
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Jul 2008 06:25
Last Modified:01 Jun 2010 15:36

Available Versions of this Item

Repository Staff Only: item control page