Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru

Kamdi, Khasnor and Mohd. Yusof, Sanitah (2014) Penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru. In: Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik, 11-13 August, 2014, Skudai, Johor.

[img]
Preview
PDF
42kB

Abstract

Kurikulum tersembunyi juga dikenali sebagai kurikulum tidak rasmi; kurikulum tidak formal; kurikulum tersirat atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai hidden curriculum atau unwritten curriculum. Proses penerapan nilai merupakan suatu proses identifikasi dan sosialisasi yang dilakukan oleh agensi tertentu sehingga seseorang itu secara langsung dan tidak langsung telah menerima atau mengambil standard nilai yang diamalkan oleh orang perseorangan dan kumpulan ahli masyarakat untuk dijadikan satu sistem nilainya sendiri. Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau konsep kurikulum tersembunyi dan menentukan apakah strategi dan masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru. Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Kajian ini melibatkan 404 orang responden. Data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 20.0) yang melibatkan penggunaaan statistik deskriptif dalam bentuk skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati konsep kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru berada pada tahap tinggi (min = 3.89, sp = 0.40). Strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang berada pada tahap tertinggi ialah strategi secara isyarat. Manakala masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang tertinggi ialah masalah kurang pengetahuan

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:education, curriculum
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:59070
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:08 Mar 2017 03:22
Last Modified:08 Mar 2017 03:22

Repository Staff Only: item control page