Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Yahaya, Azizi and Mohd Azizuddin, Fadhlina (2008) Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. unspecified . pp. 1-14. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
123Kb

Abstract

ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian ini memfokuskan kepada enam persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik untuk mengukur tahap kompetensi responden. Tahap kompetensi dikaji daripada aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, dan bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 73 orang guru yang mengajar matapelajaran sains dan matematik dari lima buah sekolah di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan terpilih sebagai responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS 12.0) untuk mendapatkan frekuensi, min, dan sisihan piawai manakala ujian-t, ANOVA, dan korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hipotesis. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik berada di tahap tinggi bagi kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar. Manakala bagi penggunaan bahasa Inggeris pula berada pada tahap yang sederhana. Bagi hipotesis, faktor penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor tersebut mengikut pengalaman mengajar dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tersebut dengan jantina. Selain itu, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan bahasa Inggeris dan bahan bantu mengajar dengan opsyen dan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara faktor kaedah pengajaran dengan opsyen. (Kata kunci : tahap kompetensi, penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, mata pelajaran sains dan matematik)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:(Kata kunci : tahap kompetensi, penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, mata pelajaran sains dan matematik)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5901
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jul 2008 01:46
Last Modified:01 Jun 2010 15:36

Repository Staff Only: item control page