Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor Yang Mempengaruhi Pengajaran Dan Pelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan

Shahrudin, Siti Atiqah (2008) Faktor Yang Mempengaruhi Pengajaran Dan Pelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

WarningThere is a more recent version of this item available.

[img]
Preview
PDF
1MB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel vokasional di dua buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor kelengkapan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach ialah 0.90. Kemudian, kajian sebenar dijalankan dan maklumat diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada 168 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 di Sekolah Menengah Teknik Ampangan dan Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for the Social Science (SPSS)� Versi 11.5. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa faktor keselamatan dan pengurusan di dalam bengkel boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel di kedua-dua sekolah ini. Diharap dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian, langkah-langkah serta pendekatan yang sesuai dapat dikenalpasti untuk meningkatkan kesempurnaan bengkel bagi mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sekolah terbabit. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai satu garis panduan untuk kajian yang seterusnya dimasa akan datang.

Item Type:Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords:Vokasional, pengajaran dan Pembelajaran, faktor kelengkapan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5898
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Jul 2008 12:36
Last Modified:01 Jun 2010 15:36

Available Versions of this Item

Repository Staff Only: item control page