Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Indeks Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah dan Rendah Di Malaysia

Yahaya, Azizi (2006) Indeks Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah dan Rendah Di Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Asas Pendidikan.

[img]
Preview
PDF
279kB

Abstract

Perlakuan buli di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah di Malaysia berdasarkan pengiraan Indeks Perlakuan Buli Sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis tingkah laku buli dan kekerapannya; punca perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah; dan ciri-ciri mangsa buli. Seramai 1395 orang pelajar sekolah menengah dan rendah di empat buah negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor telah dipilih berdasarkan pensampelan rawak kelompok atas kelompok. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik Indeks Perlakuan Buli Sekolah yang mempunyai nilai kebolehpercayaan α=0.87. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis tahap perlakuan buli, jenis tingkah laku buli dan pengiraan indeks perlakuan buli sekolah. Statistik inferensi iaitu analisis ujian-t digunakan untuk menganalisis perbezaan tingkah laku buli dan indeks tingkah laku buli antara peringkat persekolahan, lokasi sekolah dan jantina. Analisis korelasi pearson r pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara punca buli dan indeks perlakuan buli sekolah. Secara keseluruhannya tahap perlakuan buli sekolah menengah dan sekolah rendah di empat buah negeri berada pada tahap rendah dengan nilai Indeks Perlakuan Buli Sekolah ialah 38.81. Kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Indeks Perlakuan Buli sekolah menengah dan sekolah rendah, bandar dan luar bandar serta antara pelajar lelaki dan perempuan. Analisis korelasi pearson r, mendapati terdapat hubungan signifikan antara punca buli dan Indeks Perlakuan Buli Sekolah (p=0.005, r=0.103). Berdasarkan dapatan kajian, mencadangkan penggunaan Indeks Perlakuan Buli Sekolah sebagai satu kaedah mengukur tahap perlakuan buli di kalangan pelajar, dan keberkesanan program intervensi mencegah perlakuan buli.n Indeks Perlakuan Buli Sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis tingkah laku buli dan kekerapannya; punca perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah; dan ciri-ciri mangsa buli. Seramai 1395 orang pelajar sekolah menengah dan rendah di empat buah negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor telah dipilih berdasarkan pensampelan rawak kelompok atas kelompok. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik Indeks Perlakuan Buli Sekolah yang mempunyai nilai kebolehpercayaan α=0.87. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis tahap perlakuan buli, jenis tingkah laku buli dan pengiraan indeks perlakuan buli sekolah. Statistik inferensi iaitu analisis ujian-t digunakan untuk menganalisis perbezaan tingkah laku buli dan indeks tingkah laku buli antara peringkat persekolahan, lokasi sekolah dan jantina. Analisis korelasi pearson r pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara punca buli dan indeks perlakuan buli sekolah. Secara keseluruhannya tahap perlakuan buli sekolah menengah dan sekolah rendah di empat buah negeri berada pada tahap rendah dengan nilai Indeks Perlakuan Buli Sekolah ialah 38.81. Kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Indeks Perlakuan Buli sekolah menengah dan sekolah rendah, bandar dan luar bandar serta antara pelajar lelaki dan perempuan. Analisis korelasi pearson r, mendapati terdapat hubungan signifikan antara punca buli dan Indeks Perlakuan Buli Sekolah (p=0.005, r=0.103). Berdasarkan dapatan kajian, mencadangkan penggunaan Indeks Perlakuan Buli Sekolah sebagai satu kaedah mengukur tahap perlakuan buli di kalangan pelajar, dan keberkesanan program intervensi mencegah perlakuan buli.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:bully, elementary school, secondary school
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5895
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:12 Jul 2008 08:54
Last Modified:19 Sep 2018 05:03

Repository Staff Only: item control page