Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan indeks perlakuan melepak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar sekolah menengah di Negeri Johor

Yahaya, Azizi and Raja Abd Rahman, Raja Roslan (2008) Pembinaan indeks perlakuan melepak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar sekolah menengah di Negeri Johor. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
128kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti 1) faktor- faktor dominan (peranan ibu bapa, sekolahdan rakan) yang mempengaruhi perlakuan melepak 2)indeks perlakuan melepak di kalangan pelajarsekolah menengah 3) hubungan antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan dan4) perbezaan antara perlakuan melepak dengan jantina,lokasi tempat kediaman,lokasi sekolah. Seramai386 pelajar telah dipilih dari enam buah sekolah menengah negeri Johor. Satu set soal selidik yangmengandungi tiga bahagian, iaitu latar belakang responden, faktor- faktor dominan dan tahap perlakuanmelepak telah digunakan. Bahagian B dan C soalan soal selidik masing-masing mempunyaikebolehpercayaanα= 0.7675 dan 0.6047. Program SPSS versi 11.5 telah digunakan untuk menganalisisdata. Statistik deskriptif (kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai) digunakan untuk menganalisis faktor-faktor dominan yang mempengaruhi perlakuan melepak dan tahap perlakuan melepak. Manakala Statistikinferensi seperti ujian-t digunakan untuk menganalisisperbezaan perlakuan melepak dengan jantina, lokasitempat kediaman dan lokasi sekolah. Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan perlakuanmelepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan.Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa 1)indeks perlakuan melepak adalah 34.4 2) terdapat hubungan yang negatif antara perlakuan melepak denganperanan ibu bapa, sekolah dan rakanpada aras signifikan r = 0.01 3)tidak terdapat perbezaan yangsignifikan antara perlakuan melepak dengan jantina, lokasi sekolah, lokasi sekolah pada aras signifikan p =0.05.(kata kunci: peranan ibu bapa, peranan sekolah, peranan rakan sebaya, jantina, lokasi tempat kediaman,lokasi sekolah dan indeks perlakuan melepak).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kata kunci: peranan ibu bapa, peranan sekolah, peranan rakan sebaya, jantina, lokasi tempat kediaman, lokasi sekolah dan indeks perlakuan melepak
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:5887
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Jul 2008 14:18
Last Modified:20 Sep 2017 03:27

Repository Staff Only: item control page