Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengoptimuman parameter dalam pengacuan suntikan logam mikro (µMIM)

Ibrahim, Mohd Halim Irwan and Muhamad, Norhamidi and Jamaludin, Khairur Rijal and Ahmad, Sufizar and Mohamed Nor, Norhafiez and Ibrahim, Murtadhahadi (2008) Pengoptimuman parameter dalam pengacuan suntikan logam mikro (µMIM). In: Seminar AMREG 08, 12 Jun 2008, Seremban, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
105Kb

Abstract

Pengacuan suntikan logam mikro semakin menarik minat para penyelidik serta mampu membuka lembaran baru dalam penghasilan komponen mikro memandangkan kebolehupayaannya menghasilkan bentuk hampir siap dalam metalurgi serbuk. Walau bagaimanapun, ia masih di dalam peringkat kajian kerana terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan di antaranya kekasaran permukaan, kecacatan yang berlaku, pengekalan bentuk dan pengecutan serta kekuatan sifat mekanikal. Kajian ini akan membawa kepada penggunaan serbuk logam keluli tahan karat (SS316L) pengatoman air dan PEG+PMMA sebagai bahan pengikat. Lanjutan daripada itu,pengenalpastian parameter yang terlibat akan dioptimumkan agar dapat menghasilkan komponen mikro yang benar-benar sempurna dan bebas daripada kecacatan major serta mempunyai ketumpatan yang tinggi. Pengoptimuman parameter melalui rekabentuk ujikaji dengan menggunakan kaedah Taguchi bakal memberi sumbangan dalam kajian pengacuanan suntikan logam mikro ini dan mampu menghasilkan jasad akhir yang persis dan jitu serta bebas daripada kecacatan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pengacuan suntikan logam mikro (μMIM), pengekalan bentuk, pengecutan, pengoptimuman parameter, rekabentuk ujikaji (Taguchi)
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TS Manufactures
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:5813
Deposited By: Khairur Rijal Jamaludin
Deposited On:21 Jul 2008 03:19
Last Modified:01 Jun 2010 15:35

Repository Staff Only: item control page